Thursday 19 April 2012

Membentangkan Hasil Perbincangan Kumpulan (Bhg 2)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/Hari        : 12 April 2012                                     Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Kelas                 : 6C                                                     Bil. Murid : 41 orang
Mata pelajaran  : Bahasa Melayu
Tajuk                : Membina Ayat
Objektif             : Pada akhir pengajaran, murid dapat
                          (a) membina ayat dengan berpandukan gambar yang diberi.
                          (b) menyatakan nilai-nilai murni daripada ayat yang dibina melalui aktiviti.
Pengetahuan
sedia ada         : Murid pernah mempelajari ayat tunggal dan ayat majmuk.
Konsep            : Kebersihan
Bahan              : Gambar, kad perkataan, kad manila, pen marker, penyapu, pemadam,
                          kain buruk
Nilai                 : Menjaga kebersihan, bekerjasama
Kemahiran      : 8.2 Aras 1 (i)  Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
                          5.1 Aras 1 (i)  Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat yang  mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Langkah
dan
masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Induksi set

(2 minit)
Benda maujud

penyapu
pemadam
kain buruk
1. Guru meminta murid mengambil penyapu.

2. Guru bertanya kepada murid.
    Apakah kegunaan penyapu?

3. Guru menyuruh murid melakukan aktiviti menyapu sampah.



4. Guru meminta murid lain melakukan perkara yang sama untuk pemadam dan kain buruk.


 1. Seorang murid mengambil penyapu.


 2. Murid menjawab: Penyapu untuk menyapu sampah.

 3. Murid
   menunjukkan kegunaan penyapu dengan menyapu lantai.


4. Murid menjawab dan melakukan
 a. memadamkan papan putih
 b. mengelap meja

Teknik menyoal
Perkem-bangan


Langkah 1

(4 minit)
Gambar

Membersihkan bilik darjah

Kad perkataan
1. Guru menampal gambar pada papan putih.


2. Guru meminta murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.




3. Guru menampal kad-kad perkataan pada papan putih.
     Guru meminta
     murid   membaca perkataan-perkataan tersebut.

 1. Murid melihat gambar yang ditampal oleh guru.

 2. Murid memberikan jawapan .
     Contoh : memadamkan, menyusun, menyapu, mengelap, mengangkat

 3. Murid membaca kad-kad perkataan yang ditampal pada papan putih.


Teknik menyoal


Menjana
maklumat
Langkah 2

(5 minit)
Gambar

Membersihkan bilik darjah

Kad perkataan
1. Guru meminta murid membina ayat daripada perkataan dan gambar.















2. Guru menanya murid-murid lain ayat yang diberikan oleh kawan mereka itu betul atau salah.



3. Guru membetulkan kesalahan dalam ayat jika perlu.




4. Guru meminta murid-murid membaca
     perkataan yang diberi tadi.



 1. Murid-murid membina ayat.
     Contoh :
     a. Mahmod   memadamkan papan hitam dengan pemadam.

     b. Kok Seng dan Mutu mengelap tingkap dengan kain buruk.

 c. Mei Ling dan Anita menyapu sampah supaya kelas mereka bersih.

  2. Murid-murid memberi reaksi kepada jawapan kawan sama ada betul atau salah.
   Murid-murid  membetulkan jawapan yang salah.

 3. Murid-murid mendengar penerangan atau pembetulan daripada guru jika ada kesalahan.

 4. Murid-murid membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

Menjana idea

Menyusun maklumat
Langkah 3

(7 minit)
Gambar

Gotong-royong membersihkan dan menceriakan balai raya.

Kad ayat
1. Guru menukar
     gambar kedua dan meminta murid-murid melihat gambar.

2. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan. Guru meminta ketua kumpulan mengambil kad manila dan pen marker.

3. Guru mengarahkan setiap kumpulan membina dua ayat.

4. Guru menyelia dan membimbing.
 1. Murid-murid melihat gambar dan mendengar arahan.


 2. Ketua kumpulan mengambil kad manila dan pen marker.







 3. Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan.



 4. Murid-murid berbincang dan menulis ayat pada kad manila.

Menjana idea

Kerjasama dan bimbingan

Menstruk-tur
maklumat
Langkah 4

(10 minit)
Gambar

Gotong-royong membersihkan dan menceriakan balai raya.

Kad ayat murid
1. Guru mengumpulkan hasil perbincangan setiap kumpulan.

2. Guru meminta murid-murid membentangkan hasil perbincangan.










3. Guru meminta murid dari kumpulan lain untuk mengadili hasil kawan.

4. Guru membetulan kesilapan (jika ada).

5. Guru memberi peneguhan kepada kumpulan yang berjaya.
 1. Murid-murid menghantar hasil perbincangan.


 2. Murid-murid tampil ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil. Seorang murid membaca ayat yang telah ditulis manakala kawannya menunjuk gambar yang ditampal pada papan putih.

 3. Murid lain memberi komen dan membetulkan kesilapan.

 4. Murid mendengar penjelasan guru.


 5. Kumpulan lain membentangkan hasil perbincangan mereka.



Mengum
 pul maklumat

Menganalisis

Membuat keputusan
Penutup

(2 minit)
Nilai murni

Bekerjasama,

Menjaga kebersihan
1. Guru meminta murid-murid membuat kesimpulan.
     Apakah nilai murni yang dapat anda pelajari daripada ayat-ayat tadi?

2. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai penilaian. (Kerja rumah)
 1. Murid-murid menjawab.
     Contoh :  bekerjasama

     menjaga kebersihan
   


2. Murid-murid  mengambil lembaran kerja dan buat.


Mengapli kasikan kemahiran membina ayat.

Refleksi
Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran menekankan kemahiran membina ayat yang harus dikuasai oleh murid-murid. Selain itu, murid dapat membaca perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Saya berpendapat objektif tercapai kerana murid dapat memberikan aktiviti atau kata kerja yang tepat daripada gambar, membaca dengan sebutan yang betul serta membina ayat dengan perkataan yang dipadankan dengan situasi dalam gambar.
Dalam  langkah ketiga, murid-murid  menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik. Mereka berbincang dan saling membantu untuk menghasilkan bahan yang terbaik sebelum dipersembahkan di hadapan kelas.
Guru memberi peluang kepada murid-murid menjawab secara individu dan kumpulan. Seterusnya, murid-murid sendiri yang  membuat keputusan untuk menentukan jawapan yang diberikan oleh kawan mereka itu betul atau salah. Sebarang kesilapan turut dibetulkan oleh guru sekiranya perlu.
Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat membuat kesimpulan dengan menyatakan nilai murni yang tepat. Ini menunjukkan murid-murid telah faham kemahiran membina ayat di samping dapat menyatakan maksud yang tersirat dalam gambar dan ayat yang dibina.

                                                                                                                              

Lembaran kerja murid
                                                   
                                                    Bahasa Melayu Tahun 6
Bina ayat

Nama : ____________________                                   Tarikh : _____________
Kelas : ________________

Bina lima ayat yang lengkap dengan berpandukan gambar di bawah.



1. _____________________________________________________________
2._____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. _____________________________________________________________
5. _____________________________________________________________

Saturday 14 April 2012

Contoh ayat 3

                            Bina lima ayat dengan berpandukan gambar di bawah.

1. Pak Abu membersihkan longkang yang tersumbat dengan menggunakan cangkul.
2. Mak Esah menyapu sampah manakala Cik Suzi menyediakan makanan dan minuman.
3. Encik Heng memotong rumput yang panjang dengan menggunakan mesin pemotong rumput.
4. Hassan menggali lubang dengan cangkul untuk menanam tin-tin kosong.
5. Amrita menanam pokok bunga untuk mencantikkan kawasan kampung.

Contoh ayat 2

Bina lima ayat dengan berpandukan gambar di bawah.

1. Murid-murid beratur untuk menaiki bas ke Zoo Negara.
2. Murid-murid melihat haiwan liar dan haiwan jinak yang terdapat di dalam zoo itu.
3. Seorang pengunjung merakamkan gambar seekor buaya yang berjemur di tepi kolam.
4. Para penonton menyaksikan pertunjukan anjing laut di tempat yang disediakan.
5. Pekerja zoo sibuk memberi makanan kepada burung-burung merak.

Contoh ayat 1

                        Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


1. Latif, Shafiq dan Egog menyertai acara lumba lari 200 meter pada hari sukan sekolah.
2. Para ibu bapa dan murid-murid bersorak sambil bertepuk tangan untuk memberi sokongan kepada atlet acara balapan.
3. Murid-murid berbaris di padang mengikut pasukan rumah sukan masing-masing.
4. Guru Besar dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang di tengah padang.
5. Para pemenang berdiri di atas podium semasa menerima hadiah daripada guru besar.

Thursday 12 April 2012

Latihan Bina Ayat 6

                           Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.



1. _______________________________________________________

2. _______________________________________________________

3. _______________________________________________________

4. _______________________________________________________

5. _______________________________________________________